Mari Belajar Sains

Secara keseluruhannya, pengalaman sains awal membuka jalan dan menjadi asas pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam sanis pada masa hadapan. Hal ini adalah penting bagi pendidik untuk menyediakan peluang dan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka alat fizikal mereka. 


Kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan-bahan dan persekitaran yang dapat meransang naluri ingin tahu mereka. semakin banyak penerokaan yang dilakukan sama ada dengan mendengar, melihat, sentuhan, rasa dan bau, maka semakin meningkat minat dan keinginan mereka mencari penjelasan di samping memperkembangkan bahasa. Perkataan biasanya didahului dengan gambaran mental yang dibentuk melalui pengalaman kanak-kanak itu berinteraksi dengan bahan-bahan disekeliling mereka yang mana aktiviti sains akan membantu kanak-kanak dalam aspek ini.
Pendidik perlu memainkan Peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik serta konsep-konsep sains dengan menyediakan persekitaran dan peluang-peluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling, membuat ramalan melalui eksperimen ringkas apabila sesuai dan membuat rumusan. selain itu, pendidik perlu berinteraksi dengan kanak-kanak dan membimbing mereka membuat penemuan pengetahuan yang diinginkan melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan itu.  Secara tidak lansung, Interaksi antara mereka akan membantu kanak-kanak tersebut membina kefahaman dan menguasai konsep-konsep.